Hari tu aku berasa sangat gumbire dapat menaiki kereta Ferrari bersama kakakku yang dipandu adikku.. Bangga & kembang lubang idong pon ade, ye lar kereta Ferrari la katekan.. kereta idaman kebanyakan orang.. Walaupun kereta yang aku naiki tu adalah kereta pinjam kawan 1 opis.. Tapi kebanggaan nye bagai kereta tu aku yang punye.. Nak pulak tu kite org ni on d way nk blk kg aku.. Huuuuu girang nye hanya Allah yg tau..
Tapi kegirangan kami ter'stop' terusss bak traffic light yg lampu kuning nye tak menyala, terus lampu merah menyala.. memang tersentak terussss apabila adikku cuba mengawal kereta disebabkan terlalu asyik & ghairah menekan pedal minyak nk merempit tak hingat.. Adikku ni memecut bagai johan disebabkan ada sebijik kete lagi yang telah membakar semngat kelakiannya ketika memandu.. Hisshh kecut perut dah aku.. dah la ni kete member aku.. Bukan senang dia nak berbaik hati bagi pinjam kete dia sewenang-wenang nya kt org lain..
Disebabkan tidak berjaya mengawal kenderaan bergelar ferrari tu, kiteorg telah terbabas dan termasuk ke gaung yang ade arus anak sungai.. fuhhhh rase macam nak mati dah saat tu.. seme org yg aku sayang terbayang sorg demi sorg.. ape yg mampu hanya ingatan pd Dia & beserah pd Nya..
Apa yang aku sedar, kami bertiga selamat dalam kejadian tu & selamat sampai ke rumah.. Tapi yang aku tau kereta ferrari pinjam aku tu memang remuk teruk.. arghhhhhhhhhh ape aku nak jawab ngan member opes aku nihhhhhh.. mase aku sedar tu jugak aku berada dlm bilikku.. Adikku selaku pemandu & lain2 sanak saudara semua berkumpul di luar.. Semua sibuk akan adik & kakakku tanpa mempedulikan aku dlm bilik ni.. huwaaaaaaa sedihnye rase time tu, dah la aku sengsorang dlm bilik pas2 plak kenangkan kete kawan aku yg hancus tu.. ape nk di kato??
Aku gagahkan diri gak keluar dr bilik utk bersemuka dgn semua org.. Tapi semua org tetap tidak mempedulikan aku.. Adik aku selaku pemandu kereta yg telah memandu di luar batasan pemandu berhemah boleh plak buat muka selamba bila pandang muka aku.. Tiada langsung ungkapan kata maaf dr mulutnya..
Aku plak dgn penuh emosi & nekad mengambil keputusan terus ambil kunci kereta mak aku, dgn niat nak balik umah aku (konon nye merajuk.. merajuk yg tak tentu hala & ingin kan perhatian time tu kui3x) aku tetibe mengamuk @ menjerit pd semua org utk kosongkan kereta mak aku sekiranya ade brg dia org dlm kereta mak aku..
Aku terdengar adikku bersuara "nak pegi mane tu??"
Tapi aku yg penuh emosional time tu tetibe menjerit "ehh.. ko nape nak sibuk?? ko tu mintak maaf pon tak de" kateku dgn nada seakan nak menangis sebab terlalu sedih memikirkan nasib aku hr tu & kereta ferrari kawan aku tu..
Pada kata-kata terakhir jeritan aku pada dialog tu.. aku rase perkataan "mintak maaf pon tak de" tu betol2 jelas keluar dari anak tekak aku.. terus mata aku terjegil..
Ehh nape aku kat dalam bilik aku ni?? Astagfirullahalazim.. aku bermimpi + ngingau rupenye tadi.. hi3x bengong tol.. tapi.. fuhhhhh syukur alhmdllah semua ni mimpi.. kalo tak yang paling beku otak aku nak jawab pe kat member aku pasal kete dia tuuuu... terus aku menoleh pd jam dinding & argghhhh aku dh terlewat... dah la nk kene gi klinik dulu pagi ni..
Dalam perjalanan ke pejabat, sempat aku cerita kan mimpi + kengigauan aku tu kat Mr. Hubby.. Cesss ni sebenarnye gara2 aku bace entry blog ofismate aku la ni.. tajuk nya Kenangan Aku dan Ferrari.. kuang3x sampai aku terbawak dalam mimpi aku.. Tapi kalau betul la, agak2 macam mane la reaksi kawan aku tu bile dapat tao ferrari yg dia pinjam kat aku tu hancus remuk ek hik3x..
Anyway walau pon mimpi, tq la k-rol (bukan name sebenar) sebab suci sungguh hati mu membenar kan aku gune kete tu, siap bg utk bawak blk kg aku lg tu hua3x.. kalo betol la besok ferrari tu betol2 menjadi milik k-rol, jgn lupe bg pinjam yek hi3x.. I.Allah akan ku pandu 80km/j nnt.. cehhh Ferrari bawak 80km/j ape barangggg..
Pasal mimpi ni.. Tu la org tua pesan basuh kaki sebelum tido.. tapi aku dah basuh kaki dah.. Tu la org pesan sebelum tido mengucap, bace ayat kursi, 3 Qul & doa tido.. He3x yang ni aku sempat bace bismillah je kot mlm td terus terlena..
Pengajaran dari mimpi aku ni, aku selitkan bersama antara pesan Rasulullah yg berkaitan dengan amalan sebelum tidur ni.. Sekadar untuk perkongsian bersama..
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Selawat 3x.
Beristighfarlah (3x) untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Juga dibaca 3x.
Sebarang pembetulan amat dialu2kan.. Sekian.. Take Care & ingat Allah Selalu..
Cite Masuk Muzium
Nur Arissa
(15)
Bila Aku Bercerita
(10)
LiFe MuSt Go oN
(9)
Pasal Aku
(9)
Celebration
(8)
Mengomel
(8)
Soping
(7)
Contest
(6)
My 1st Pregnancy
(6)
BEN ASHAARI
(5)
Jalan2 Cari Makan
(5)
Renungan dan Peringatan Bersama
(5)
Opes
(4)
Cerita Aku dan Dirinya
(3)
Info
(3)
Syukurku Pada-Nya
(3)
Tags
(3)
Breastfeed
(2)
Favourite TV Shows
(2)
Galeria
(2)
Lagu
(2)
Main Masak2
(2)
Artis/ Gossip
(1)
Breastpump
(1)
Kata Hati
(1)
Kenangan Terindah
(1)
Raya 2009
(1)
Semanis Kurma
(1)
Sharing Is Caring
(1)