Monday, April 26, 2010

Whipped @ Mashed Potato & Sos

Yuhooo kengkawans.. bleh la try resipi yg aku wat hari tu yek..

Sukatannya agak2 la ek utk bp org nye masakan.. sbb aku pon try & error hr 2.. Kalo dh try & de pa pe cdgan penambahbaikan bleh lah kongsi gak ek..

Mashed Potato

Bahan-Bahan:

- Ubi kentang (2bj kentang bleh dpt 3scoop ice-cream mcm dlm pic)
- Susu segar (boleh beli kotak kecik mcm Goodday ke sbb nk try test jek lu kan, sbb nk guna sket jek.. nak beli kotak besar bleh gak.. belen susu bleh minum he3x)
- Marjerin/butter
- Serbuk lada hitam (black pepper)
- Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Buang kulit ubi kentang
2. Belah ubi kentang kpd 4 bhg atau lebih kecil 3. Rebus di dalam air sehingga lembut dan dimasukkan garam secukup rasa
4. Toskan air
5. Lenyek ubi kentang semasa masih panas
6. Campurkan marjerin, susu segar sehingga kentang itu menjadi lembut (agak2 masa tuang susu & letak marjerin, sebab kalo terlebih.. kentang bleh jd xtra lembik)
7. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa

Taraaaaaaaaaaaaa.. dah siap... senangkan :)

K masakkan sos nye plak..

Sos kentang putar (Macam kat KFC )

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

650 ml air
5 sudu besar stok/kiub ayam (org yg kongsi resipi ni guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang (kalo tak de, ganti ngan carrot pon bleh)
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara

1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan (Langkah 1) sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).
5. Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
6. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Sekian, masak2 kita hari ini.. Selamat mencubaaaaaaaaaa...

2 comments:

Lida Rahim said...

mana gambar hasil nyerr? nak gak tgk jd ke x... huhu. damya suka mkn ni.. x sangka gak kena letak sos tomato n sos tiram sbb ms mkn blasah jer.. tao sedap jer.. wakakka

angah said...

woopsss e-da, pic nye leh tgk kt previous n3 tajuk "Dinner kami semalam @ hr selasa" April 21, 2010.. yg aku baru link kt n3 ni..

yg buh sos tomato & sos tiram tu nk bg rase kt sos nye.. ni pong as per yg aku dpt.. kalo de resipi len bleh gtao aku gak weip yek hu3x kot2 de versi len ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...