Seperti episod2 dulu gak, aku suka garapan Kabir Bhatia dalam cite ni, aku suka gak lokasi2 cite ni diambil.. Tapi tu bukan bende yang penting sangat aku nak coretkan kat sini..
Dalam episod kali ni ade 2 babak yang aku ingat sampai hari ni yang aku suka.. Babak di mana emak Aidil yang menyatakan dia ada mendoakan Aidil dan menyatakan..
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, mak percaya tu"
Mendengar dialog tu aku tersenyum sendirian & ingatkan sesorang terus layan pasaan tgk cite ni.. aku layan lagi.. Sampai la ke 1 lagi babak dimana Nur Amina yang telah selesai solat berdialog dengan ibu angkatnya mengenangkan dia masih belum dapat petunjuk mimpi walaupun telah melakukan solat istikarah.. Jawab ibu angkat Nur Amina..
"Tidak semestinya petunjuk Allah itu akan datang melalui mimpi, ada kalanya melalui isyarat kata hati"
Lebih kurang cen2 la dialog nye he3x Sekali lagi aku tersenyum & terkenang kembali akan seseorang.. Lantas handphone dicapai & aku cuba untuk menelefon seorang sahabat dek kerana terlampau seronok untuk membicarakan topik yang sama dengan babak2 Nur Kasih malam tersebut.. Sambil menunggu talian dijawab, aku menoleh jam dinding dan terdetik di hati mungkin sahabat ku itu belum selesai solat terawih..
Walaupun talian tidak dijawab, kami hanya sempat berbalas sms dan apa yang aku ingin katakan pada Dia..
Semoga sahabat ku ini akan dipertemukan jodoh yang terbaik untuk dia sebagaimana dialog emak Aidil "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" walaupun Adam dahulu bertemu jodoh daripada Aidil.. tapi Aidil tetap tabah.. Kita sama2 tabah & kuatkan hati kite & terus berdoa semoga doa kite dimakbulkan juga suatu hari nanti kan :) chaiyok2.. kita boleh!!
dan.. semoga sahabatku ini dapat mempercayai apa yang dikatakan oleh kata hatinya & petunjuk secara tidak langsung yang diterima.. Walaupun pernah bermimpi.. Semoga yang ditentukan olehNya adalah yang terbaik untuk kite semua kan... Aminnnnn..
1 comment:
'sahabatku ini' tu macam ku kenal je.. hihihihi..
Post a Comment