Thursday, September 10, 2009

Pasrah.. Syukur..

Panggilan akk aku ptg smlm wat aku temenung gak di wat nye.. Hu3x Baru jek dok sebut kat entry smlm & segalanya terjawab ptg smlm.. KAKITANGAN SOKONGAN DIBERI BANTUAN HARI RAYA RM500 (2x Bayar - Masa Raya & Hujung Disember)
Habis member2 yang rapat ngan aku, aku call & sms time tu.. Hua3x
What is my 1st impression?
"Hah?? Kakitangan sokongan jek?? Profesional cemane??"
Walau smlm aku kan mcm dah redha kalo x dpt pon, tapi mula2 dgr berita tu tesentap gak sket jiwa raga mengenangkan aku ni baru jek menjinak2 kan diri di gelar sebagai kakitangan 'Profesional' Oktober 2008 yang lepas.. X sampai pon setahun g.. & kalo ikot beza basic gaji 'Profesional' aku skrang ni bukanlah beza sangat pon memandangkan hampir 6thn aku menjawat jawatan Pembantu Teknik tu.. ade gak la sessi luahan perasaan kt hubby smlm sementara nk tnggu waktu berbuka kat rnr seremban time tu..
Tapi.. bila kewarasan akal menguasai fikiran balik, pikir punye pikir, luah punye luah, wat aku sedar balik.. Saat itu jugak aku rasekan.. Inilah UJIAN & ADIL nya Allah terhadap umatNya kan.. Kalo aku masih digelar kakitangan sokongan semalam, pasti aku salah sorang yang melompat kegembiraan dan bersyukur pada Allah.. Sampai x ingat donia dah kot time tu he3x
Tapi.. Kenapa aku mesti lupe saat aku kegembiraan dan bersyukurnya aku Oktober 2008 yang lepas ketika aku berjaya digelar kakitangan Profesional sebagaimana doa & harapan aku sebelum ni kan? Bukankah itu impian aku selama ini? Bukankah Allah telah kabulkan doa aku?
Dan.. Saat itu juga aku ingat kembali.. Allah itu Maha Adil, tidak kira ianya berita gembira atau sedih, kedua2nya tetap diberi kepada umatnya dgn tujuan sebagai UJIAN
tidak kira bila waktu @ ketika..
Dan.. Saat itu juga aku sedar kembali yg aku sedang diuji olehNya.. Sama ada aku akan tetap pasrah & bersyukur dengan berita semalam @ aku akan memberontak ketidak puasan hati mendengar berita semalam?? Itulah ujian sebenarnya & setiap yang diuji pasti ada hikmah di sebalikNya kan yang aku belum temui semalam, sekarang dan..
Dan semalam jugak, my 2nd impression..
"Aku pasrah & bersyukur.. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui Yang Terbaik Untuk UmatNya"
Alhamdulillah, syukur dan tahniah untuk akak aku, my my lovely mum, zana, naisha, adk ipar aku, member2 di JPS.. Jajajijijuju & the geng, K.nik & the grup, member2 sepinggan semangkuk di JKR dulu.. Ana, Mun, Nor, K.Ema, K.Pah, Fara, Ila & seme yang x mampu nak sebut.. sebab dapat gak duit aye tahun ni walau x semewah tahun2 lepas kan..
Tapi.. itu pun dah syukur kan dari x dapat he3x
& aku leh r excuse dr bg duit raye kat anak2 korang kan he3x
Semalam gak aku pelajari & sedar sesuatu untuk tahun depan seandainya umur masih ada..
Tidak seharusnya aku mengharapkan bonus ni untuk lebih mengecapi kenikmatan Syawal kan..
Sampai bila aku akan dimanjakan dgn bonus sebegini??
Tahun ni dengan keadaan negara yang kita masih ade rasa keamanan (walau berlaku pelbagai pergolakan) dibandingkan negara2 lain yang melalui peperangan pun kerajaan mampu beri setakat tu.. Apakah agaknya nasib/ keadaan negara kita di tahun depan??
Jadi, sama2 lah kite bersyukur dengan apa yang ada seadanya..
Wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...