Monday, October 26, 2009

Pemandangan Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim.. hishh lame betol aku tak menulis, nak start tulis ni agak kekok plak rase nak start cewahhhh... Last entry 09.09.09 yang lepas yek.. sampai ke hari ni ade 2minggu gak tu tak catit kan sumthing kat sini.. Dan dlm tempoh tu gak macam2 peristiwa & pengalaman yang aku lalui..

Disebabkan banyak pic kat kamera yang belum di save kan ke my luvly pc ni, so aku advance dulu cerita last weekend.. Aku & hubby balik kg sabtu tu lepas dia habis keje.. Kiteorang balik dua kete sebab nak settlekan sumthing to our cute NBK kat kg.. so perjalanan ke kg aku malam tu terpaksa la aku drive gak dah balik 2 kete kan.. lame betul asenye tak drive jauh2 ni.. dr rawang nak ke ampang (site my hubby) then to my cool & calm village.. padahal tak la jauh benor pon... al maklum sejak dah ade mr hubby merangkap mr driver he3x jgn mareee yek.. perjalanan tu pon aku ase jauh dahh..

Ape yang aku nak kongsi kat sini, untuk warga/ anak jati Negeri Sembilan khusus eii.. Untuk makluman korang, dari 22/10/09 - 28/10/09, satu Majlis Adat Beristiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir.
Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir

Istiadat pertabalan nya adalah pada hari ini 26/10/09 yang merupakan istiadat kemuncak sejak istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Dis 2008 berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Dis 2008. Untuk pengetahuan kengkawan jugak, warga/penduduk yang bekerja di Negeri Sembilan hari ni cuti maaaa...

Apa yang buat aku beriya dengan peristiwa ni sebab on the way balik kg aku tu, banyak betul bendera2 negeri aku dilahirkan ni dikibar/dipasang kat tiang2 lampu & kedai2 tepi jalan.. Tetibe semangat kenegerian aku macam naik sheikh plak he3x mase aku lalu tu dah malam so tak dapat nak snap any pic time tu, tapi on the way balik semalam aku tak lepaskan peluang tu & ni adalah serba sedikit gambar yang dapat aku snap dgn menggunakan camera fon jek :p saje nak abadikan saat2 yang akan jadi sejarah bagi negeri aku dilahirkan ni..
Selain tu, ada berita terkini lagi sensasi gak utk warga Kuala Pilah khususnya/ sesiapa yang pernah lalu jalan Bukit Putus, jalan yang wajib lalu kalau dr Seremban nak ke Kuala Pilah.. Untuk pengetahuan kengkawan semua, jalan baru ni dah pun di buka & aku jadi org pertama wakil famili aku lalu kat jalan ni.. Huishh ingat lagi mase kat kat ofis lame aku incharge projek ni bukan la dr segi supervise projek tapi dr segi pemantauan, al maklum la dok kat HQ, kerja dok memantau jek la kan.. At last projek Naiktaraf Jalan Seremban-Kuala Pilah melalui Bukit Putus ni siap gak akhirnya.. Dah buat penyerahan secara rasmi atau belum aku tak pasti tapi laluan ni dah dibuka kepada orang awam baru beberapa hari aku rase sebab famili aku yang lalu sini Ahad lepas belum dibuka lagi jalan baru ni kata depa.. So berbangga gak la aku lalu jalan tu secara tak langsungnya sebab jalan tu jalan nak balik kg aku & merangkap staff JKR cewahhh time ni ngaku la.. kalu ada jalan retak ke, bangunan/ stadium roboh ke... wa cabut dulu wooo he3x acah jek burger... So kengkawan.. layan jek la gambar2 yang aku ambik ni disepanjang jalan baru ni.. so dah tak boleh panggil bukit putus dah tempat ni memandangkan bukit nye dah lurus jek dah tak putus2..

Dengan kelajuan 90km/jam, jalan sepanjang lebih kurang 7km ni kiteorg lalu dalam 6min jek compare dgn Jalan Bukit putus sebelum ni yang ambik mase dalam 15min..

Dan semalam perjalanan balik ke rumah sementara tnggu traffic light merah tukar colour hijau, sempat aku snap beberapa kereta sport yang bukan jadi idaman aku pon (tapi kalau dapat best la jugak hi3x) tapi amat jarang aku jumpe kat jalanraya..
ada 2ketul lamborghini & 2ketul ferrari..

Sekian cerita ceritu sabtu & ahad yg lepas.. I.Allah esok sambung cerite lagi..
~ Take Care & Ingat Allah Selalu ~

2 comments:

ZanariahMdzain said...

1..3 inggit, 2..5 inggit ke lamborghini tuh??? :p

angah said...

ha3x teringat intonasi tu kat pasaraya NSK cina tu dok laung nak jual barang2 dia.. 1 tiga ringgit.. 3 lima ringgit.. kalau jual lelong mcm tu, dah melambak kat depan umah adik, kak oi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...